Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Hiasan kepala pengantin
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Hiasan kepala pengantin



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 9-Dec-2007 17:33
FERRY CRUISE AT PEARL RIVER & COSTUME JEWELRIES AT LI WAN IN GZ
Pada hari Khamis lepas dear hubby ada berjanji nak bawak kami ke Pearl River di mana terdapat Ferry Boat Cruise di situ tetapi oleh kerana urusan kerja lewat selesai dan hari pun sudah malam maka niat itu terpaksa ditangguhkan. Teman2 pulak bagitau kalau pergi di waktu malam lebih cantik pemandangannya dengan lampu2 hiasan yang dipasang di sepanjang sungai dan jambatan. Ingatkan dear hubby nak bawak juga tapi oleh kerana anak2 ada yg dah tertidur kerana letih seharian bermain, maka dear hubby ajak rinn sahaja.
Along dan angah were very sporting nak jaga adik2 and let ayah & mak keluar berdua. Sebenarnya kami kerap jugak keluar dating malam-malam tanpa budak2 ni sebab selalunya diorang memang tidur awal. Kami pi pekena ramen atau singgah di mana2 restoran halal untuk minum kopi sambil update hal masing2. Kali ni berpeluang ke Pearl River, dapatlah ambik beberapa shots. Enjoy... ;-)

Terdapat sebuah jambatan yg merentangi sungai ini. Apabila tibanya malam lampu2 hiasan akan dipasang untuk menambahkan cantiknya lagi suasana malam di Pearl River ini yang pada sebelah siangnya kelihatan biasa sahaja.

Semasa kami menyusuri tebing sungai tu memang banyak kelihatan Ferry Boat berhias yang lalu lalang. Bukannya pertunjukan tapi memang beginilah keadaannya saban malam kerana Ferry Boat Cruise idi Pearl River ni memang salah satu destinasi pelancongan di Guangzhou. Menurut dear hubby ada juga package yang menyediakan makanan sekali sepanjang berada di atas ferry. Kami tidaklah pula mengikut mana-mana cruise, sekadar menikmati pemandangan malam di tebing sungai. Sesiapa yang biasa ke Pulau Pinang, tebing ini seakan-akan laluan tepi pantai di sepanjang Padang Kota Lama dan Padang Kota Baru.

Feri-feri ini sebenarnya mempunyai laluan yg agak istimewa kerana sungai ini agak pendek dan kedua-dua hujungnya bertemu dengan laut. Maka feri-feri ini boleh buat one full round. Keluar hujung sungai ,masuk ke laut dan masuk semula ke sungai melalui hujung sebelah sini.

Oleh kerana mata dah berpinar melihat sinaran cahaya lampu malam, mari kita pinarkan lagi dengan kilauan costume jewelries ni. Sebenarnya selepas rinn menziarahi Masjid Guangzhou, pada sebelah petang Jumaat itu juga Uncle Hamly membawa rinn, along dan angah ke sebuah Bangunan Mall tiga tingkat yang kesemua kedai di dalamnya menjual barang-barang perhiasan seperti brooch, sepit rambut, anting-anting, bracelet, necklace, getah ikat rambut yang fancy-fancy dan bermacam-macam lagi. Hinggakan mahkota pengantin dan beg tangan yang dihiasi batu-batu permata tiruan pun ada. Rinn sebenarnya kurang berminat dengan benda-benda begini tapi dah orang nak bawak, kami ikut saja. Jom cuci mata...jangan lupa pakai spec hitam tau !! 8-) 8-)

Yang ini pada mulanya rinn sangkakan bracelet tapi sebenarnya sebuah chocker leher. Rinn suka tengok kombinasi warnanya, menarik sekali. Boleh tahan jugak harganya tapi dah lupa!! Mulanya segan jugak nak amik gambar tapi setelah diberi kebenaran oleh sales manager yang bertugas..rinn pun buat macam rumah sendiri !!! :-> :->

Bangle ini pun menarik sebab bentuknya menyerupai seekor dragonfly. Kalaulah ianya emas bertatah berlian asli, berapalaaaaah agaknya harga. Next, Ada sesiapa yang berani nak pakai bangle cicakman??? LOL LOL Satu kelainan yang mungkin menggeli-gelemankan seseorang yang gelikan cicak !!! LOL LOL Jangan pi ambik cicak hidup then belit kat wrist tu sudah lah ye... ;-)

Yang berikut ini kelihatan biasa sahaja tapi tak kurang menarik dan cantik dipandang. Rinn tak berapa suka jenis bangle kerana ianya berbentuk gelung keras. Tak selesa di pergelangan tangan. Lagipun pergelangan tangan rinn ni kecil..sama besar dengan pergelangan tangan angah dania.

Mengenai harga kesemua barangan ini rasanya lebih kurang di Malaysia juga tapi biasalah kalau beli satu pasti harganya tinggi, tapi kalau beli borong pasti murah giler. Ada seorang kenalan Uncle Hamly yang memang biznez accesories ni di KL, pernah sekali ambik barang hingga belasan ribu ringgit !! Caya lah :->

Pinjam tangan angah untuk menggayakan bangle butterfly. Ianya bukan merupakan satu gelung yang keras tapi flexible sebab diikat dengan getah mudah regang. Ok jugak ni pada yang suka rama-rama. Yang berikut ni nampak amat berat tapi pada yang suka boleh saja memakainya. Mungkin boleh dijadikan accesories pengantin perempuan. Atau untuk pergi dinner function. Pasti sipemakainya akan mencuri tumpuan para hadirin yang lain... 8-)

Yang ini tak biasa nampak orang Malaysia pakai. Kalau dilihat dari segi pemakaiannya, ia dikenakan di atas perut dan keliling pinggang. Mungkin sesuai untuk penari gelek padang pasir. Boleh juga disisir atas rambut atau sanggul.

Spec ala-ala mama juwie atau M Daud Kilau pun ada. Begermalapan dihiasi batu-batu permata tiruan pelbagai warna dengan pelbagai rekaan.

Rinn tidaklah buat promosi apa-apa kat sini, sekadar nak ajak kenkawan enjoy cuci mata sebentar. Bagi rinn yang tak berapa minat berfesyen ni..selamatlah poket ku dari rabak akibat rambang mata dengan segala benda ni. Kami sampai di Mall tu pun dah hampir jam 5 petang. Kebanyakan kedai-kedainya tutup pada jam 6 petang. Jadi kami cuma dibawa ke beberapa kedai favourite. Yang lelainnya kami cuma lalu depan kedai dan lihat-lihat dari luar sahaja. Apa-apa pun rinn beli juga beberapa brooch yang telah menewaskan kerambangan mata rinn. Sikit jer.... ;-)

Rinn selalunya beli brooch yg agak mahal sikit sebab alah membeli menang memakai. Kalau beli yg kat pasar malam atau Mydin, kalau tak kena gaya lepas satu minggu sure tercabut "batu-batu permata"nya atau tercabut pin nya. Macam brooch yg rinn pakai sekarang ni sebenarnya dah tiga tahun tak berganti sebab masih elok dan tidak turun warna emasnya. Nak beli brooch yg kecil untuk pin bawah dagu tak de pulak. Kebanyakannya brooch besar dan gedabak !!
Satu amat menarik mengenai kedai-kedai di Guangzhou ini adalah mengenai keseragaman tempatnya. Maksud rinn, jika satu deretan kedai itu menjual kasut..maka kedai-kedai lain pun jual kasut. Kalau satu bangunan itu kedai-kedainya menjual pakaian, kesemuanya jual pakaian. Begitulah seterusnya, sama seperti Mall jual accesories ni. Satu bangunan dgn berpuluh-puluh mungkin beratus kedai menjual benda dari kategori yang sama.
Tapi yang paling menarik perhatian rinn adalah deretan kedai menjual pakaian pengantin. Sepanjang-panjang jalan..nampak cantik jer dengan mannequin yg menggayakan pakaian pengantin. Boleh tengok saja sebab hari dah malam dan susah nak snap gambar dari dalam teksi. Keadaan ini sebenarnya memudahkan pelanggan mendapatkan pilihan yang pelbagai dalam satu kawasan tanpa perlu bersusah-payah ke sana ke mari ke tempat yang berasingan. Pekedai-pekedai ini pun sememangnya sangat berhati-hati bila meletak harga sebab kompetitornya ada berhampiran. Siapa yang boleh offer harga yang bagus utk barangan yang baik pasti dapat menarik lebih pelanggan dan boleh menjadi kedai feveret. :->

1.MamaFaMi : Ooopppss..lepas ni boleh apply keje jadik amoy promoter kat Guangzhou !!! Mali..Mali..sapa mau beli bloooch..!! LOL LOL ..Minat tengok org pakai, kita nak pakai rasa mcm tak kena gaya pulak..Dating tu selalu gak walau kat sana..curi2 masa utk diri sendiri esp bila anak2 yg kecik tu dah zzzzz..yg besar tlg tunggu jer. ;-)
2.chendana : Oikk..boleh jadik penglipur lara ler kalau mcm ni. Asyik citer pasal tepung, gula, butter..sesekali tukar topik ok jugak kan!! Bukan satu jer..kot mama juwie nak sepuluh !!!
p/s : Heh Heh Heh..upah coklat jer..kira ok.. :->
3.LeeLin : Kes sama ler..Suka tgk org pakai..tp sendiri tak reti nak gaya !!..Bangle butterfly pun dah "terbeli" jugak... LOL LOL
4.masihjelita : Minggu depan balik ler...Alamak, apa pulak yg dia dah berkenan tuu??? $-)
5.atie(attyra) : Tu laaaa...kan dah pesan soh pakai spec hitam !! Kan dah berpinau bijik mat.. :-D ..Adeh..lenkali kot bznz accesories niii.... :->
6.lina@alma : Yg besar ada..yg kecik pun ada lagi. But, the elderly dah boleh harap tlg tgk2kan adik2..kira ok lah. We will..., mesti balik punyer lah..don`t worry !!! :-D .
7.eixora : Itu lah kan..lain orang lain minat nyer..mcm kakrinn mmg kureng sikit dengan benda2 ni. Bila2 nanti Eixora mai sini Eixora borong lah ye.. ;-)
8.ezura : Kali ni entry lip lap lip lap..tu yang serba begermerlapan !!! Seumur hidup sekali bawak family kuar negara..kena happy2 ler!!
9.sham shaiah : TQ...terimaksih juga kerana sudi singgah ke ruangan ini. Apa yg ada di sini memang utk dikongsi..baik resipi, cerita dan pengalaman. Bagi kita yg berpeluang buat itu dan ini..ke sana dan ke mari apalah salahnya berkongsi dengan kenkawan. ;-)
10.mamasya : Sebab tu lah kakrinn suruh pakai spec hitam awal-awal!! LOL LOL ..Kan dah berpinar2 bijik mata...Tu baru sikit, kalau kakrinn tunjuk semua gambar..sure tak cukup FP ni nak bubuh!!! KAmi memang dah terbiasa begini..sebab jarang dapat luang masa bersama..sesekali kami keluar waktu mlm bila anak2 dah tidur.. 8-) Sebenarnya brooch katak, lalat, kumbang pun ada..tapi tak amik gambornyer.. ;-)
11.Mohd Azhari Azizan : Sementara masih kat sini, tak pe lah kan kakrinn "mengancam" mata-mata kenkawan yg melihat..jamu mata jer!! Lenkali lah kakrinn borong bnyk2 dan lelong..kali ni cukup dengan baking tools dulu... ;-)
12.miss : ;-) ;-)
13.kakmOn : Yang lip lap lip lap tuu tak kubeli pon kakmOn ooiiiii.....nanti kalau rinn pakai sure orang kata rinn buang tabiat..Manalah rinn pernah bersiap dan bergaya dengan segala menda tuuuu..Silap-silap nanti kena potong tangan dgn peragut. Tak pasal2 rinn hilang tangan sebab diyamon tiruan tu semua... :-> :->
14.WanZee : Tu baru masuk dua tiga kedai yg feveret. Walaupun tak berapa minat tapi seronok jugak jamu mata kat kedai2 tu. Wan Zee suka ye..... ;-)
15.ciknur : Waalaikummussalam ciknur. Salam perkenalan juga. Isshhh..jgn takut mencuba. Kalau tak cuba tak tau sama ada kita reti buat atau tak kan?? Kakrinn pun kekadang fail jugak tapi tak cepat putus asa. Alhamdulillah..rezeki kami dapat ke China.. ;-)
16.kak rusnah : Hmmm..memang cantik tapi rinn tak de lah borong apa-apa sangat... ;-)
17.jeff : seronok tengok lampu2 tu..cuma kat gambar ni lain lah sikit feeling dia dari tengok yg live.
Agak2 nya lah...ada ke orang nak pakai bangle cicak tuu??? $-) $-)
18.wiz : Hi wiz, it wasn`t our first time actually. We just love to sneak out during night time when our littlest has already drifted away in her dream. The elderly ada to watch over. Hey...tak de lah sampai nyanyi jiwang-jiwang. Spending our time together..just the two of us is more than enuf. I think u should too my dear.. ;-) No prob, what are frenz for..after all sharing is caring anyway.
p/s : Good to have been able to access into ur blog again after such a long time of breakdown !!
19.mamazieza : Nanti rinn hijack satu ferry boat tu..rinn bawak balik semua dengan sungai dan jambatan sekali. Kedai brooch tu nak kena rompak dulu kot !!! LOL LOL
20.Ida Natrah : Sape yg tak suka kan keindahan dan kecantikan..tak salah kongsi dgn kenkawan kat sini kan..?? ;-)
21.afairuz : Waalaikummussalam, tak berani nak janji la afairuz sebab kakrinn dah beli ekaligus ari tu utk kenkawan yg order earlier. Tapi tengok keadaan lah, kalau ada kesempatan pergi lagi sebelum balik minggu depan Insyaallah kakrinn bagitau. ;-)
22.wiz : Yg suka nyanyi ni my hubby..once in a while keluar juga from his mouth lagu jiwang2 masa kami muda2 dulu !! Hmm...lupa lah, tapi rasanya I didn`t watch that movie la. Pasal keluar dating tu..when the time comes you`ll realize how u might have wasted the time that you both were supposed to spend together. Being very bz with this and that sampai tak de masa utk diri sendiri. Tapi itulah yg dipanggil pengorbanan..jgn sampai diri sendiri terkorban sudahlah. More stories to come..do stay tuned !! :-> 23.kuzi : Agaknya kalau kuzi datang tempat ni sure tak mau balik..boleh belek satu persatu dari kedai ke kedai... :-D
24.nabialishad : Itu lah kan, bila kakak2 dah besar dan boleh diharap inilah masa nya kita cari masa untuk diri sendiri. Masa anak5 kecik2 dulu pun samalah mcm intan..tak de peluang langsung nak dating. Lagipun kami tak pernah ada maid dan tak duduk sekali dgn mak/mertua. So, kemana saja mesti heret semua anak. Bab pakai tudung keluar depan rumah tu biasalah kena soalsiasat oleh anak2...pantang sungguh kannn budak2 niihhh !!! LOL LOL ..Sesekali kena jugak berhias intan. Dulu masa sentiasa ada baby..leceh sungguh kalau nak berhias sikit. Nanti kena tarik anaklah..Tudung senget lah..baju berkedut lah..hiiiii tak habih kes !!
25.Acik : Bukannya ole-ole..tapi order-order !!! wakakakakaaa LOL LOL
26.jaja : Waalaikummussalam jaja, mai sekali sekala pun takpe janji singgah. Terimakasih utk itu. Itu lah mcm kakrinn bagitau kat afairuz di atas..kakrinn tak berani janji. Kalau ada rezeki adalah.
Masak pakai claypot ni lebihkurang macam masak pakai periuk biasa jugak cuma kena make sure claypot tu memang jenis yg tahan panas. Yg kakrinn guna kat sini dah crack... LOL LOL mungkin sebab terlalu kuat api. Kena pakai api slow aje lah tuuu... ;-)
27.ida isk : Alamak..nampaknya ida kena tambah hitungan hari sebab rinn rasanya tak dpat nak bawak balik semua brg2 yg kenkawan order tu naik kapal terbang. Barang2 hubby pun ada sama...agak bnyk dan berat pulak tu. So, we all hantar naik kapal laut..lambat sikit la sampai. Harap sabar menunggu yaa ida..dan kenkawan yg lain.
28.zakiahz : Haaaa...baru tau betapa bestnyer dapat kuar dating mcm masa muda2 dulu. Kakrinn mmg kerap curi2 keluar dgn hubby bila anak yg kecik tu dah tidur. Kakak2 dan abg sporting..so, we all pun apa lagi laaa... :->
Lip lap lip lap barang tiruan. Kalau ori tu..heh heh..mau kena rompak !! Senangkan bila ada sistem macam tu..satu bangunan satu jenis kategori barang...tak payah nak tercari2 pilihan di tempat lain.
29.ummi@aqil : Kami makan kat kedai Muslim Halal..Supnya daging lembu..Insyaallah tak de apa2.
30.boxhousestudio : Kami mmg mcm tu sebab jarang2 ada chan nak ada time sendiri. Sesekali kenalah curi-curi masa.. ;-) Tiga kotak besar tu sebenarnya loyang2 dan nozzle2 yg kenkawan orderlah. Tu tak termasuk handbags lagi..tak sangka nak jadik mcm ni. Kesian pulak kat kenkawan..tak pelah kita susah2 sikit. Tak de cakap poon...tapi rasannya dia tahu sebab no hp rinn pun dia tahu. Kalau tak e-mail..pakai PM pun boleh..dia biasa gak PM. Minggu depan kembali ke rutin selalulah..lebih bz dgn persiapan anak2 nak sekolah....yg PMR ari tu dok berdebar tunggu result !!!






© Pidgin Technologies Ltd. 2008.