Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Kek Oren Lembap
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Kek Oren Lembap



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 5-Mar-2008 01:25
MILKY MARBLE CAKE & ORANGE MOIST CAKE
Ok..Ok..let me just finish my cake series for this week. Yang ini adalah Kek Marble Susu yang Rinn buatkan untuk Alya sebagai menunaikan janji kepadanya yang tak puas makan Kek Marble Mocha tempoh hari. Nampak macam serupa tapi sebenarnya ada sikit kelainan dari segi bahan-bahannya, Yuk kita lihat ;-)



KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan :
250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulso

Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.

Kek ini lebih terasa lemaknya kerana ada campuran susu pekat di samping sedikit susu segar. Pada ruangan menjawab komen pada entry Kek Marble Mocha yang lepas ada Rinn cerita sedikit pasal Kek Belang yang arwah abah dan emak selalu buat masa kami kecil dulu. Tetapi kek mak abah tak ada susu dan cuma pakai tepung gandum biasa aje. Memang kek mak abah sangat popular di kalangan saudara-mara kerana belang-belangnya itu. Kalau tiba Hari Raya mak abah mesti buat banyak untuk diagih-agihkan sesama adik-beradik. Rinn belum pernah lagi buat entry pasal Kek Belang mak abah tu sebab dah lupa resipinya. Nanti Rinn tanya mak semula. Buku resipi Mak tu khabarnya dah kena kidnap dek kakak ipar, tak taulah selamat pulang in piece or dah berkecai !!



Ada juga yang bertanya macam mana kek tu boleh elok berbelang begitu. Sebenarnya masa kenkawan bertanya Rinn dah pun buat Kek Marble Susu ni, kalau dak boleh jugak amik gambar step-by-stepnya. InsyaAllah, bila-bila Rinn buat lagi Rinn akan sertakan tunjukcaranya ya.. ;-) Rinn belajar buat belang-belang tu masa sekolah rendah lagi..Sajalah mak abah bagi peluang masa kecik-kecik dulu. Suka menyibuk kat dapur...serupalah macam anak-anak kita sekarang. Kalau kita start pegang tepung, diorang pun nak tepung jugak !!



Pada hari yang sama Rinn buat Kek Marble Susu ni Rinn ada buat Orange Moist Cake. Kebetulan hari Ahad, iaitu hari Rinn selalunya pi menghadiri kelas tajwid..**Dah tua-tua baru nak belajor tajwid ye...*** di surau taman perumahan ni. Ada sorang kakak ibu tunggal ni rajin bawak kuih-muih tradidional macam karipap, tepung bungkus, lopes dll lagi. Dulu rinn dah pernah bawak Kek Prune Kukus tapi kali ni Rinn teringin nak bagi kawan-kawan rasa Kek Orange pulak. Respinya Rinn tak tau dapat dari mana tapi ada tercatit atas sehelai kertas usang dalam fail masak-masak Rinn. Rinn cuba aje lah... ;-)




ORANGE MOIST CAKE

Bahan-bahan :
240gm majerin
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick
Parutan kulit sebiji buah orange

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.



Rinn suka Orange Cake ini sebab ianya lebih lembap dan terasa orange nya berbanding dengan yang pernah rinn buat sebelum ini. Warnanya pun cantik. Kawan-kawan mengaji pun suka dan sedikit pujian diberi kerana kesedapan kek itu..bukan pasal rinn buat ye puan-puan tapi pasal resipinya bagus walaupun ringkas aje...terima kasih kepada cik puan punya resipi walau siapa pun anda dan di mana jua anda berada. Alamak...macam main tuju-tuju lagu pulak ye...;-) Sekarang ni pun, sebagai halwa telinga Rinn dok ulang dengar lagu "First Love" nyanyian Utada Hikaru...lagu lyric campur-campur English dan Japanese...sampai dah hafal dek kerana tak renti-renti dengor !!! LOL LOL



1.Ana : Tu diaaa..cepatnya dia respond !!! Wakakakaaa..nanti dah habih makan kek belang tuu krinn pulanglah balik "BELANG" tu kat kuda belang ya !!
2.kamalina : Entah ye..sendiri pun tak tau naper rajin sangat minggu ni buat kek. Kalau setakat buat saja tak pe..ni makan pun sama banyak dengan buat ! Hu Hu...dah terasa pinggangku menambah spare tyre nya. InsyaAllah, kakrinn akan tunjuk cara kidnap kulit kuda belang tu ye..eh! silap2...tunjuk cara buat belang2 tuuu.. LOL LOL
* Selalunya mcm tu lah org lelaki ni..kureng sikit dgn kek-kek ni. Tapi ok lagi tuuu..kwn2 dan anak2 buah aimi ramai...bolehlah buat kat diorang. Jgn sebab laki tak makan..patah semangat pulak.
3.mamazieza : Kopak aje kulit zebra or amik aje zebra crossing tu and tepek atas kek..sonang citer !!!
ps : Ok, nanti habak mai nooo....
4.Nur : Ngendeng banyak pun tak pe...... ;-)
5.chendana : Berkat tunjuk ajar arwah abah dan mak masa kecik2 dulu...
ps : Yg penting jaga kesihatan Ha tuuu....InsyaAllah semua pasti selamat.
6.maklang : Sure maklang bz nii...sampai tak nampak muka !! (Mmg tak nampak poooonn... LOL ). Kek oren tu mmg recommended...try ler. Kan maklang rajin ke dapur !!
7.mamasya : Heh Heh..Kakrinn pi duduk kat dalam kandang zebra selama sehari semalam nak study "BELANG" diorang tuuu LOL LOL. Kek oren tu sedap..cubalah.
8.unnamed : Tak menjadi sebab tak tau cara..atau mungkin tak berpeluang nak belajar. Kalau dah tau mudah saja sebenarnya. Uuuu..nak kena bukak kelas on-line lah ni ya..???
9.Mohd Azhari Azizan : Heh Heh..Dah mak dara...tak kisah nyanyi ke, nari ke...breakdance ke..janji suara sedap mcm Utada Hikaru !! Perasan sungguh... ;> Dulu dok melayan "MIRAI O HAKITA"..Sure tau lagu tu kann..??
10.sweet : Waalaikummussalam. Ok..ok..InsyaAllah, nanti Kakrinn pi kidnap kuda belang dulu..baru kita buat kelas ye !!
11.baipower : Alamak, yg ni pun nak tau step-by-step jugak. Ok.....tak perlu skill pun sebenarnya. Nanti krinn tunjuk ya.
12.MaDiHa : Tak leh tgk lama2..tgk sat sudah lah ya. Senang citer..buat jer lah MaDiHa ooiii... ;-)
13.aida : Boleh saja.... ;)
14.cek de sam : Ok..ok...
15.cak : Cak pun sama ke...ishhh...kesian pulak ya.
16.MaDiHa : Mak mak ni pun kekadang pelik..time budak2 ni baby..kanak2, suka sangat kalau anak2 tu montel..gemuk..tak nak pikir akibatnya bila budak2 tu melangkah ke alam remaja. Sure diorang tensen bila tengok body dah mcm tong drum !! Nak carik bopren pun leceh kann...melalut pulak Krinn ni !! Yg penting sihat ye MaDiHa....
17.zany : Ishh dak lah. Jual kat suami dan anak2 jer... LOL Kek oren tu mmg one of my fevret. Asyik dok coklat aje..sesekali pekena oren bagus juga.
18.umi solehah : Salam perkenalan buat org jauh. Tak lah terrer mana pun...saja suka-suka. Silalah cilok... ;-) Tapi jgn tak buat pulak...!!
19.nna : Alamak ada org nak serbu !! Lariiiii............ LOL Iya, kena lapiskan banyak2 kali baru boleh nampak belang tu. Choc emulco kira macam coklat dicairkan tapi mmg betul2 pekat dan berperisa coklat. Selalunya dijual kat tempat bahan2 kek..kalau kat supermarket pun ada. Dalam botol kecil. Guna sedikit dah cukup utk memberikan warna dan rasa koko.
20.Sabrina : Ok, nanti krinn bagi faham..in future entry lah ye. Bila tu..tak pasti lagi. Selalunya kenkawan ngaji bawak kuih2 tradisional..kakrinn aje yg bawak kek2 ni..... :-D
21.myperiukbelanga : Lekali pakai teropong aje...tengok dari jauh !! Heh Heh..tak de lah nampak besor sgt gambo tuuuu.. :-D
22.cikinur : Salam. Rajinnya dia buat kek kukus. Play safe lah tu..kek kukus ni kurang kerenahnya dari kak yg masak dlm oven. Hmm...bolehlah kot tapi tu lah, kalau api atas aje kek mungkin cepat hangus atasnya. Kalau utk buat kek lapis mmg elok api atas..begitu jugak kalau nak grill ayam, ikan atau daging. Nak elak hangus cepat, mungkin cikinur boleh tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil half-way thru the baking..time bila kek tu mula kelihatan brownish permukaannya. Cuba ye...
23.misliha : Alamak..KakMis mesti lebih arif tentang kek. Bagi rinn kek oren ni mmg sedap.
24.Aliza : Hah Hah..hubby kemaruk brownies ???!!! Baguslah tuuu...at least ada jugak tukang support MAKAN !!!
25.noor : Saja nak bagi nampak mcm zebra !!
26.jeff : Heh Heh Heh... Tapi belang yg paling tak leh lupa adalah baju belang classic untuk banduan-banduan penjara zaman dolu-dolu :-D Ada lagi ke sekarang ??? $-) $-)
27.nhalilah : Alhamdulillah..elok belangnya kali ini. Ovelette tu adalah sejenis stabiliser yang biasa digunakan untuk membuat kek sponge. Berbentuk gel dan berwarna kuning oren. Ia membantu telur untuk kembang dengan pantas dan kental dan bila bercampur dalam adunan kek, dia akan membantu kek terutamanya kek sponge agar tidak hilang volume dia. Maksudnya kek kekal gebu, lembut dan tidak "penyek".
28.niza cattyniza : Salam perkenalan buat niza juga. Hmmm..Mungkin jawapan berikut boleh membantu :
a) Waktu pembakaran kek tak cukup. Atau org biasa sebut underbaked.
b) Terlampau bnyk menyapu mentega pada dasar dan dinding loyang kek. Sebaiknya hanya sapu nipis pada bahagian dasar loyang atau lebih mudahnya alas dengan grease proof paper. Sewaktu kek dibakar, kek akan naik dan bahagian dinding loyan berfungsi untuk support kek naik. Jika bergrease lebih ia cenderung untuk turun semula. Tanpa grease ini..dinding akan "pegang" kek daripada mendap/turun. Sebab itu bila kita buat kek chiffon atau sponge, dianjurkan supaya tidak greasekan loyang.
c) Mungkin juga terlebih memukul/memutar adunan menyebabkan udara yg terperangkap dalam adunan hilang. Udara terperangkap ini perlu untuk mengekal kegebuan dan kestabilan kek dari mendap.
d) Mungkin temperature setting tidak bersesuaian. Selalunya jika suhu terlalu tinggi akan menyebabkan kek naik terlalu pantas walhal bahagian dalamnya belum sepenuhnya masak.
e) Jika pintu oven dibuka sebelum 20minit waktu pembakaran ini juga boleh menyebabkan kek yg sedang rising terbantut. 20 minit pertama adalah waktu kritikal kek sedang naik. Jika pintu oven dibuka dan berlaku perubahan suhu yg drastik, boleh menyebabkan kek mendap semula.
f) Sesetengah kek mendap mungkin disebabkan resipi itu sendiri yg kurang baik - menggunakan baking soda atau baking powder berlebihan, penggunaan telur yang banyak dan terlebih pukul atau penggunaan bahan penstabil yang tidak perlu seperti ovalette, quick 75, cream of tartar. Hanya gunakan jumlah yang disyorkan dan jangan bubuh extra semata-mata kerana mahukan kek kita naik tinggi tapi akhirnya akan mendap setelah sejuk.
g) Suhu setting penting kerana apabila terlalu tinggi akan menyebabkan bahagian luar dan tepi kek masak lebih awal dari bahagian dalam dan tengah. Apabila hampir tiba waktu kek masak, check samada kek telah betul2 masak menggunakan lidi tester, sebaiknya yang bukan metal. Kek masak apabila lidi tester yg dicucuk akan keluar licin dan tiada adunan yg melekat padanya dan bahagian tepi kek juga kelihatan renggang dari dinding loyang.
h) Sentiasa suka mencuba resipi-resipi baru adalah satu semangat yang bagus tapi pastikan resipi yang nak dicuba itu betul2 boleh dipercayai dan datang dari sumber yg "Pro". Resipi yang popular dan telah dicuba ramai biasanya telah dibuktikan elok sebab itu sering digunapakai.
Niza, setakat itulah apa yang kakrinn faham. Harap dapat membantu. Tetapi, biasanya kek memang akan sedikit "turun" setelah sejuk, cuma kadar 'turun'nya itu yg berbeza bergantung kepada faktor2 di atas. Wallahualam... ;-)
29)Daalia : Boleh sangat Lea ooiiii...Cuma kena be reminded yang waktu bakingnya akan lebih pendek sebab ia adalah cupcakes ye...Selamat mencuba dan bergembira di majlis makan2 itu nanti. Tak nak jemput Rinn ke..??? :-D..Buat muka tak malu lah niii......
30)roylazim : Thnx... ;-)
31.imah : Slm perkenalan juga buat imah. Choc emulco tu lebihkurang macam chocolate yang telah dibancuh dalam kepekatan yg tinggi. Kira macam paste jugaklah. Guna sikit sahaja sudah cukup utk memberikan warna dan rasa koko sebagai tambahan kepada serbuk koko yang kita guna. Isshhh..jgn kata soalan bodoh. Bagus tu kerna bertanya sesuatu yg kita tak tahu drpd kita tak tahu tapi mengaku pandai !! Biasanya ada dijual di super/hyper market..kat bahagian bahan2 baking ni. Kalau pergi ke kedai bahan2 baking lebih mudah. Tetapi kalau tak bubuh benda tu dalam resipi pun sebenarnya tidak begitu mencacatkan kek. Lebihkan sedikit serbuk kokonya.




© Pidgin Technologies Ltd. 2008.