Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Suasana kelas
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Suasana kelas



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 21-May-2008 03:46
MAS DELIGHT COOKIES CLASS, 10TH MAY 2008 - EDISI AKSI PESERTA2
Setelah menjamu mata dengan hidangan-hidangan cookies yang menggugat jiwa, kali ni mari kita lihat beberapa scenes semasa kelas. Tak de lah happening mana pun sebab semuanya control ayu..dan control macho bila Rinn mula mengacukan camera !! :-D :-D


Haaa...bila Kak Mas mula beraksi Ana dan Ain pun mulalah mengacukan kamera diorang. Tak mahu terlepas langkah2 yang penting. Almaklumlah..sekali belajar sampai 15 jenis biskut..mana nak ingat nama-namanya lagi, langkah2 pentingnya, tips nya.... :-) At least bila ada gambar boleh lah jugak main teka-teka ya !!



Yang paling seronok apabila tiba masa nak buat kuih tart gunting. Walaupun ada yang dah biasa buat tapi masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba sendiri pelbagai cara untuk "menggunting" pastry tart. Memang pelbagai bentuknya. Kak Mas pun sempat menunjukcara beberapa kaedah menggunting tart. Tentu kenkawan kenal dengan kawan kita ni, Puan http://zatidhati.fotopages.com(Zati D'Hati). Handal di dalam pembuatan kek dan menghias kek tapi menurutnya dia masih agak tidak yakin dengan cookies terutamanya bagaimana cara nak pastikan cookies dah betul-betul masak. Selalunya dia terpaksa melihat bahagian bawah biskut sebelum mengeluarkannya dari oven . Kalau dah agak "brownish" baru dikeluarkan. Tapi kalau dah pakar, ajar sikit pun cepat dapat ye. Menurut KakMas, biskut ni tak tentu suhu dan masanya, bergantung kepada jenis oven. Hmmmm...payah gak tu ye... kena pepandai sendiri. Melainkan kalau kita ada oven yang canggih dan ada setting suhu dan masa yang tertentu.



Ain pun tak mahu lepas peluang menggunting tart. Begitu bersungguh-sungguh nak dapatkan guntingan yang menarik. Cikgu pun tersenyum meleret aje tuuu :-D :-D Tak pe lah Ain ye...janji boleh test power hands-on, depan cikgu lagi. Boleh diperbetul time tu jugak !! :-D



Mesti ada aksi yang menarik di situ sehingga semua orang tergelak besar. Rinn pun tak pasti apa dia, tapi mungkin aksi Encik Nadzmi (Jejaka yg berbadan besar tuu..) yang katanya ada tabiat "ketar tangan" apabila melakukan kerja-kerja seni nii. Tapi memang sungguh..kami semua saksikan keketaran tangannya itu,,macam orang kena "parkinson" pulak !!!



Puan Host Suhaiza pun tak mahu kalah. Walaupun menurutnya dia zero-knowledge pasal baking membaking ni tapi kesungguhan beliau amat kami hormati. Lihatlah aksi-aksinya memutar senduk kayu tuuu.... :->




Haaaiiii...khusyuk masyuknya masing-masing meneliti kertas resipiiiiiii..sampai tak angkat kepala langsung !!! Tapi dok senyum-senyum malu jugak yaa..... ;-)




Inilah dia Encik Nadzmi dengan hasil tangkapannya !!! Jangan tak tahu..dah berbagai kelas dia ikuti dari kelas roti, kek, biskut dan segalanya. Di samping kerja tetapnya Encik Nadzmi ada juga mengusahakan biznez bakeri secara part-time.



Gambar-gambar ni dicilok dari FP http://elianas.fotopages.com(Ana Elianas). Thnx Ana sebab kalau tak de Ana maka muka Krinn takkan muncul dalam FP sendiri. Itu lah akibatnya kalau bawak kamera yang terlebih canggih lah kononnya sampai orang lain tak leh nak tolong amikkan gambar sebab tak reti guna. Padan muka Krinn ye !!! LOL LOL...



Ini sessi tak termasuk dalam modul ye..:-D :-D. Terima kasih pada Ana sebab bawak kami ke Kedai Peralatan Bakery Noor Indah. Rinn ada jugak melalui kawasan ini sekali-sekala tetapi tak pernah tahu ada kedai ini di sini. Memang banyak koleksi loyangnya...dari kepala mickey mouse, loceng, gitar, kunci, kereta, sampan...fuhhh..semua-semua lah !! Acuan cookies pun berlambak-lambak hingga tak terpilih. Kawan kita dari Pekan Pahang ini dengan selambanya telah mengangkut beberapa loyang dan peralatan lain untuk menambah koleksinya. Rinn dan Ana..sikit-sikit aje. Untuk Ain, jangan bimbang..Ana dah tolong belikan loyang cutter tuuu..heh heh. ;-) ;-) Orait, kita jumpa lagi nanti...8-)

KEPADA YANG BERTANYA, BERIKUT ADALAH ALAMAT KEDAI NOR INDAH

1452, Jalan Butterworth,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang.

No. G7, Kompleks Dato' Kailan,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel no : 04-5757654
Fax no : 04-5754655



1.Ana : Tak konpius..mmg tahu kata namanya Nadzmi tapi bila menaip tu..jari tertaip Azri pulak, jejaka yg lagi sorang tu heh heh. Memang mcm2 aksi dan telatah masa kelas tu kan..cuma tak sempat nak rakam semuanya. Nanti org dok sibuk dengar Kak Mas explain psl kukis, Krinn bz klik sana klik sini. Iye lah..kita dekat kan. Si Zati tu dah siap pesan kat Ana tolong belikan lagi dan poskan in future..abihlaaaa.... LOL
2.kamalina : Haa..org Pahang yg lagi sorang tu bila pulak nak mai ???... :-D
3.zatidhati : Tak baik tau zati gelakkan gambar2 tuu. Haa...tu lah pasal, kalau Rinn bawak keluar gambar posing maut tu sure seantero dunia terpesona wakakaaaa... LOL Aiiyyoooo...soto orang Pekan lagi sedap apaaa...!!!
4.munirah : Memang seronok...bila kukis siap, main suap aje dlm mulut mana yg nak rasa. Tapao bawak lagi.... :P Lenkali singgah le..beli sebijik dua loyang.
5.zira : Memang gamat !!
6.zanaz : Yg pakar cuma kak zati, Ana & Nadzmi sebab diorang dah berbznz. Yg lelain tuu termasuk krinn hanya nak tambah ilmu aje heh heh
7.kakcik : Tak pe, lenkali boleh join. Jaga MIL lebih penting..sebab mungkin masa ni lah kita boleh betul2 berjasa padanya. Biskut2 ni tak reti buat pun buleh beli jer. Ibu or MIL tak buleh dijualbeli.
8.Bonda : LOooooorrr...dah Bonda pun tak mai kelas.! Kalau idak..mmg nak ajak sekali laaaaa. Tak pe, nnt kita soping lain ekk.
9.abahnyer aqil : Time kacih laaa sudi jenguk fp kita yg tak seberapa ni. Itu lah, rinn pun tau yg Aisyah minat baking setelah melihat aksinya belajar kek di Pekan Pahang ari tu. Cantik2 hasil tangan Aisyah. Elok sungguh lah kalau Aisyah dpt bznz kek halal kat Nihon sbb kat sana bukan kita tahu halal haramnya kek. Ok, selamat main salji puas-puas ya. Agaknya kalau buleh bawak balik, sure Aisyah bawak balik salji tuu ;-)
10.kookiesnkeks : Ada 2 kedai Nor Indah di Kepala Batas, Seberang Prai. Alamatnya spt berikut :
1452, Jalan Butterworth,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang.

No. G7, Kompleks Dato' Kailan,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel no : 04-5757654
Fax no : 04-5754655

11.jeff : Org berlumba2 masuk kelas sebab nak buat bznz tp saya sekadar nak tambah ilmu dan ingin bertemu kwn2.
12.Farah Shrewsbury : Masak2 tu yg lebih penting sebab kita hari2 makan. Yg baking baking ni..bonus kpd kita kalau pandai dan minat. Kalau2 hari makan kek n muffins gemoklaaaaa...tak cukup zat sama LOL LOL
13.Sara : Sesekali bertemu rakan2 FP..mmg gamat dan seronok. Di samping menambah ilmu dapat juga beramah mesra.
14.NA : Kalau banding dengan harga supermarket mmg jauh lebih murah.
15.MamaFaMi : Oooppsss...mama, kami idaklah berkumpul di rumah Kak Mas tp di rumah Pn Suhaiza di Prai, Penang. Kalau di KL tuuu...mau pikir tiga empat kali jugak nak turun. Ma ni selalu ada inferiority complex lah. Manjang merendah diri. Rinn ni pun apa lah sangat kalau nak dibandingkan. Pada Rinn kita semua unik..ada keistimewaan masing2..Setuju tak kawan2 semuaaaa.... ;-) Kalau ma berkenan kek lapis tu buleh lah join next class di KL. Kami tak de resipinya !
16.chek yam : Peserta2 kali ni mmg ada mcm2 saiz LOL LOL...tp maintain chomei dan anggun !!! pun begitu semuanya punya hasrat yg sama, nak timba ilmu. Kalau chek yam ada peluang join lah kami nanti.
17.jasmeen : Ana mmg rajin sungguh carik ilmu. Semoga bertambah berkat. Krinn setakat nak amik tau jer resipi2 terkini. Kalau carik resipi kat internet or buku lain. Lebih elok mai kelas macam ni. Semua kemusykilan boleh tanya on the spot.
18.maklang : Sipu cuma 2 org jer...Krinn ni org biasa yg tersipu-sipu LOL LOL ....Kalau maklang ada sure lebih meriah !!
19.ina_saly : Ada lah try sejenis dua. Buat utk anak2 bawak pi sekolah bg cenderahati kat cikgu masa hari guru ari tu. Lebih mudah nak bawak dari buat kek...he heh heh. Loyang2 kat Nor Indah mmg bnyk koleksinya. KZati borong sakan !! Heh Heh..iye iye aje lina ni ye, sampai nak nempah kukis kat krinn !!
20.Mohd Azhari Azizan : Isshh...org lelaki lah paling menonjol dlm dunia masakan ni sebenarnya. Tgk aje lah chef2 terkemuka kat Mesia..kat dunia pun sama. Kalau Azhari nak join apa salahnya, raya nanti tak yah org rumah susah-susah buat kuih raya !!
21.nor : Eh...nor tak mau join sekali ke? Meh lah kita pi sama-sama bila-bila nanti... ;-)
22.kak jie jie : Takkan tumpang seronok jer....meh ler join sekali merapu dgn kami-kami ni...:-D
23.ain-dublin : Waalaikummussalan ain. Kakrinn dah bubuh alamat Nor Indah kat atas tu. Nanti cariklah ye, di pekan Kepala Batas..kat area pasar mlm tu, dekat dgn round about segitiga.
24.aishah@ummiaqil : Waalaikummussalam aishah. Waah..kali ni futari tomo mai jenguk FP kakrinn ya. domo domo.. Nanti aishah balik lagi boleh lah join kelas. Harga standard laa dalam RM150 - RM180 tapi Kak Mas ni sekali bagi resipi banyak sungguh...tapi demo class laah bukan mcm yg KakZati ajar Aishah tu sampai 4 hari 3 malam ye !!!
ps : Tag yg lepas ni pun ada tak buat lagi..kena tag pulak ye..heh heh heh
25.Ouled Kenitra : Dah namanya pun bukan artis/celebrity...mana lah reti nak gaya selamba. Tu yg control ayu tuuu... :-D



© Pidgin Technologies Ltd. 2014.