Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Khemah kenduri
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Khemah kenduri



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 29-Nov-2008 05:56
MAJLIS PERNIKAHAN ADIK LELAKIKU, 14 NOV 2008
Sekitar majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan pada hari Jumaat,14hb Nov 2008. Alhamdulillah, keinginan hendak menggubah sendiri hantaran untuk adik lelakiku tercapai jua akhirnya. Sembilan dulang dari pihak kami, dibalas 11 dulang dari pihak perempuan.



Pada mulanya Rinn nak guna warna tema biru turqoise tapi memandangkan ini merupakan hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan maka Rinn telah mengubah fikiran untuk warna sesuai perempuan. Akhirnya memilih gabungan warna peach, orange dan cream. Alas dulang dan sebagainya Rinn ilhamkan dan buat sendiri kecuali bunga dulang yang Rinn tempah khas dari http://tinidip.fotopages.com(sini.)




Ibunda suka dan sungguh gembira dengan sirih junjung ini. Rinn ilhamkan dari pelbagai sumber di internet. Terima kasih kepada rakan-rakan maya. Tetapi yang paling menarik perhatian ramai adalah penggunaan bunga melati putih yang berbau semerbak mengharum itu. Biasanya ia lebih digunapakai di kalangan masyarakat India.




Pengantin perempuan memilih gelang diamond & platinum ini sebagai perantara upacara membatalkan air sembahyang. Katanya, sudah dua bentuk cincin di terima ketika merisik dan bertunang. Sebagai pelengkap kepada cincin diamond & platinum semasa bertunang, gelang ini dirasakan sesuai untuknya... ;-) ;-)




Senaskah Terjemahan Al-Quran dan Sejadah. Adik lelakiku agak tidak berpuashati dengan warna kulit luar Terjemahan Al-Quran yang dibelinya sendiri bersama bakal isterinya. Katanya oleh kerana dah tiada pilihan, dibelinya juga atas permintaan bakal isteri.




Sepasang telekung putih berbunga silver. Dilipat ringkas berbentuk kipas.




Set peralatan kosmetik. Oleh kerana perjalanan agak jauh maka Rinn memilih untuk tidak membuka balutan plastiknya. Kalau tidak, takut tercicir di perjalanan LOL LOL LOL.




Kasut dari jenama Clark & Keith dan tas tangan Coach. Sebelum gandingan yang ini, diorang dah beli satu set tapi setelah dibeli macam tak berkenan lah pulak. Tu yang beli lagi satu set. Hisshhh....macam2 pulak pengantin ni ya.





Tak banyak pilihan untuk buah-buahan yang berwarna oren. Bosan juga kalau asyik limau sunkist. Kebetulan ternampak buah pisang kaki yang masih segar di Jusco. Rinn sambar aje. Sebagai pelengkap, dicampurkan juga limau-limau mini.





Koleksi chocolate dari Swiss Bank Of Chocolate. Adik lelaki dah tak mahu lagi Ferrero Roche..chocolate yang popular sebagai hadiah hantaran tuu. Akhirnya dia pi carik sendiri kat The Cocoa Tree. Macam2 yang dia sambar.





Ooopppssss....tidak, tidak !!!! Bukan Rinn yang buat kek ini. Kalau setakat kek kosong tu bolehlah. Tapi kalau dah berfondant dan berbuttercream..heh heh heh. Kek ni Rinn tempah khas daripada siapa lagi kalau bukan http://misscreativecake.fotopages.com(Kak Mis) kita tu. Seawal 3 bulan sebelum majlis, Rinn dah berurusan dengan Kak Mis. Selalu tengok kat internet aje kek-kek Kak Mis yang georgeous tuu tapi kali ini berpeluang melihatnya sendiri. Walaupun ada sedikit kekeliruan tentang warna dan designnya tapi Rinn puas hati. Ramai yang memuji cuma Rinn agak sedikit terkilan kerana pihak pengantin perempuan ada mengatakan kek choc moistnya ada terasa masam sedikit. Alamak..kenapa pulak tuuu???? $-) $-)

Setelah merisik-risik kat Kak MIs, rupanya rasa masam itu datangnya dari sapuan jem strawberry yang Kak Mis gunakan untuk melapis kek dan melekatkan fondant pada kek. Oooooohhhh......macam tu ka?? ;-) Almaklumlah, Rinn sendiri pun tak pernah tau macam mana proses nak buat kek fondant tu. Setakat tau gitu-gitu aje. Apapun, Rinn nak rakamkan ucapan terima kasih pada Kak Mis yang sudi melayan kerenah Rinn dan bersusah payah merealisasikan kek tempahan Rinn ;-) ;-) Sentuhan pakar gituuuu..... ;-) ;-)



Ok, jom kita lihat wajah-wajah dan sekitar upacara akad nikah.


Debaran pengantin perempuan, menanti upacara akad nikah. Ketika ini sedang khusyuk mendengar Tuan Kadi membacakan khutbah Nikah.






Upacara Akad Nikah sedang berlangsung. Dengan sekali lafaz, sahlah kedua mempelai menjadi suami dan isteri.





Airmata gembira seorang yang baru sah bergelar isteri. Perasaan hiba dan sayu bercampur-baur dengan kegembiraan.





Upacara membatalkan air sembahyang.





Mak memeluk adik lelakiku sejurus selepas adik mencium tangan memohon restu. Sebak dan sayu jer melihat adegan ini.






Mempelai bergambar selepas upacara akad nikah selesai. Ada banyak lagi gambar sebenarnya ya.. ;-) ;-)




Adik ipar baruku, Juliana. Panggil June aje... ;-) ;-)


Majlis di rumah pengantin perempuan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Majlis pernikahan pada 14 Nov, Malam Berinai Kecil pada 15 Nov dan Majlis Bersanding serta Kenduri Besar pada 16 Nov. Rinn akan upload sedikit gambar pada Malam Berinai Kecil pada entry selepas ini ya.. ;-) ;-)



© Pidgin Technologies Ltd. 2014.