Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuang dlm adunan choc
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Tuang dlm adunan



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 8-Apr-2009 02:29
MARBLE CHEESE BROWNIES
Orang yang kerap buat Marble Cheese Brownies ni rasanya.....ialah http://jasmeen.fotopages.com/(Jasmeen Nadiya)...sebab dia rajin promo dan orang yang telah mencuba brownies ni pulak suka order kat dia sampai berulang-ulang kali. Sebab apa...sebab sedaplah !!!! :-> :-> Rinn pun dah lama nampak brownies ni cuma dok tahan-tahan tak nak buat lagi. Tapi bila Rinn sebut nak buat hujung minggu lalu, terus anak-anak bagi green light sebab kedua-dua puteri yang dari asrama tu ada kat rumah dan nak balik asrama semula. Biasalah...mesti nak bawak bekalan bila balik asrama. Jadi kita pun buat laaaah.... :->



MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.





Kombinasi coklat dan keju memang tak dapat disangkal keenakannya. Buatlah dalam bentuk apa sekali pun, pasti tidak mengecewakan melainkan kalau kita buat tak menjadi atau hangus di dalam oven heh heh heh...LOL LOL LOL Kepada yang teringin bolehlah mencuba. Kalau malas boleh lah order saja..tapi bukan dengan Rinn tapi dengan toke-toke kek cyber macam Jasmeen ni atau yang lain-lain ya. Jumpa lagi.... :flowers: :flowers:







Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan wangian http://www.onedropperfumes.com/(Onedrop Perfume) boleh hubungi saya di email nazhatulrinna@yahoo.com.


© Pidgin Technologies Ltd. 2016