Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Superfine/Tepung halus
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Superfine Tepung



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 26-Jan-2010 10:25
MUFFIN COKLAT KUKUS
Seingatnya ini adalah pertama kali buat muffin jenis kukus. Selalunya bakar aje dalam oven. Satu kelebihan mengukus, mungkin kita tidak akan hadapi masalah muffin hangit atau hangus,...agaknya laaah kot. Jom kita cuba sama-sama.. ;-) ;-)






MUFFIN COKLAT KUKUS
Sumber : Chef Zubaidah Che Pa

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung superfine/ tepung halus
75gm serbuk koko
1 tsp soda bicarbonate
Secubit garam
350gm gula icing
250gm mentega
3 butir telur
1 cup air panas

CARA-CARA:

1. Ayak tepung, soda bicarbonate, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi berselang-seli dengan air panas.
5. Isikan adunan ke dalam papercups dan kukus selama 15 minit.

Dah janji dengan Angah dan Acik akan pergi fetch mereka di asrama pada jam 2.30 pm. Acik sebenarnya masih meneruskan kelas piano pada setiap Jumaat walaupun dah duduk asrama. Jadi, sekarang ni terpaksalah bawak dia keluar every friday untuk "outing' ke piano lessons nya. Mujur tak jadi masalah bagi pihak asrama. Sayang nak berhentikan dia sebab dia dah sampai tahap yang agak memberangsangkan.






Ahaaaa..... sebenarnya muffin tu untuk bebudak tu ler. Jam 2.00 pm muffin masih lagi duduk dalam kukusan.... :-O :-O. Selalu macam tuuuuu lah Rinn ni, suka buat kerja last minute. Kalau nak naik flight sure dah lama kena tinggal kapal terbang !!! LOL LOL Apa-apa pun semuanya sempat siap. Sempatlah nak ambik Angah dan Acik, hantar ke kelas piano yg bermula at 3.00 pm, pi shopping barang-barang keperluan diorang dan hantar pulang semula ke asrama.

Sempat jugak Rinn ngap seketul sebelum keluar. Lebih gebu rasanya daripada muffin yang dibakar..:-D :-D. Seronok pulak. Lepas ni boleh korek-korek lagi resipi kek kukus... ;-) ;-)



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.