Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tepung Naik Sendiri
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Tepung Naik Sendiri



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 7-Aug-2011 23:28
PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE


Ini juga bukan kek bulan Ramadhan, jauh sekali nak dipanggil kek untuk Hari Lebaran. Sekadar memaparkan sesuatu yang dicuba seketika waktu dulu tapi terperap di dalam simpanan. Rasa tak senang jika tak dikongsi bersama. Walaupun dah lama dibuat tapi masih terasa lagi keenakannya hingga hari ini. Mari kita lihat cara-cara mengadunnya. Taklah serumit mana. Percayalah, anda akan berpuashati dengan hasilnya...




PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE
Sumber : myresipi.com

BAHAN-BAHAN:
250g mentega
200g gula caster
250g tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 tsp essen vanilla
Gegelang nenas dalam tin
5 tbsp sirap nenas (air dlm tin nenas tuuu....)
Gula perang secukupnya
Ceri merah/hijau/cincang secukupnya

CARA-CARA:
1. Lengser loyang bulat 9" dan lapik dengan kertas. Lengser sedikit lagi atas kertas.
2. Taburkan gula perang dan susun gegelang nenas. Isikan ceri bulat atau ceri cincang ke dalam lubang gegelang nenas.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memukul hingga sebati.
5. Masukkan esen vanilla dan sirap nenas.
6. Perlahankan speed mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul setakat sebati.
7. Tuang adunan ke dalam loyang tadi.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 min - 35 min.
9. Biarkan kek sebentar baru diterbalikkan dawai penderai.

Tak ada ceri bulat hijau atau merah dalam simpanan. Terpaksa berpuashati dengan ceri merah cincang yang biasa diguna untuk menghias biskut. Tak sia-sia mencuba kerana selain cantik dari segi penampilannya, rasanya juga kaya perisa sirap nenas. Hampir menyamai kenikmatan menjamah kek oren.



Ada peristiwa tak disangka berlaku dalam proses pembuatan kek kali ini. Sepatutnya kita kena gunakan loyang bulat 9 inci untuk adunan sebannyak itu. sebaliknya Rinn buat keputusan untuk gunakan loyang 7 inci. Kenapa?? kerana loyang 9 inci Rinn ada masalah. Nak guna loyang segiempat pun sebenarnya boleh, tapi tak sesuai kot untuk diletakkan gegelang nenas tu.
Masa nak tuang adunan Rinn dah perasan yang ianya sudah melepasi tahap ketinggian 3/4 loyang tersebut. Bukannya tak tahu yang adunan itu bakal melimpah bila ia menaik saat dibakar nanti. Tapi Rinn nekad teruskan jugak. Pada minit-minit terakhir kek hampir masak Rinn tak putus-putus menjenguk oven. Aduhhhhssss........memang benar sekali. kek dah semakin naik, semakin naik dan semakin naik melepasi ketinggian loyang. Mujurlah loyang tu jenis dinding tinggi. Dalam hati tak henti berdoa. Kalau kek tu nak melepasi ketinggian loyang tak kisahlah asalkan adunan tak melimpah.
Alhamdulillah, kek itu terus naik dan naik tanpa melimpah. Agaknya sebab bahagian atas kek tu dah masak dan mengeras kot. Bila dah masak, boleh nampak kek nenas Rinn ini lebih kurang 2cm melepasi ketinggian loyang.. LOL LOL.
Masa memasak pun terpaksa ditambah kerana kek tebal. Sampai agak hangus permukaan kek. Mujurlah kek ni jenis upside down. Yang kita nak tengok adalah bahagian bawahnya. Kalau bahagian atasnya,......ha ha ha...agak huduh lah jugak. Tengoklah kat gambar kecik atas tu. Ada kot.... :-)
Pengajarannya, lenkali kalau dah tahu akibatnya..jangan ler buat :-D :-D.



© Pidgin Technologies Ltd. 2016