Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Masukkan esen vanilla
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Masukkan esen vanilla



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 15-Jan-2012 19:25
RED VELVET CAKE

Ini kek harijadi Alya pada hampir ke penghujung tahun 2011. Dibuat kerana nak tahu sangat apa sebenarnya keistimewaan kek ini sehingga menjadi buah mulut. Dari segi rupanya kah..atau dari segi rasanya kah...atau mungkin dari segi bahan-bahannya.....boleh jadi juga dari segi pembuatannya. Setelah dibelek-belek dan ditilik-tilik di laman-laman masakan akhirnya Rinn buat keputusan untuk mencuba kek baldu merah yang dikongsikan di laman myresipi.com.

RED VELVET CAKE

BAHAN-BAHAN:

2 1/2 cup tepung kek Nona
4 tsp tepung jagung
1 tsp baking powder
2 tbs serbuk koko Van Houten
Secubit garam

1/2 cup butter
1 1/4 cup gula castor
2 telur
2 tsp essen vanilla

1 cup buttermilk (or 1 cup susu segar+1 tbs cuka or jus lemon, perap 15min)
1 tsp cuka
1 tsp soda bicarbonate

CREAM CHEESE FROSTING:

500gm cream cheese Philadelphia
1/2 cup butter, dilembutkan pada suhu bilik
2 tsp esen vanilla
2 cup gula icing, diayak 3 kali

CARANYA : Pukul butter dan cream cheese hingga berkrim dan gebu. Perlahankan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Masukkan esen vanilla dan putar hingga mendapat kegebuan yg elok.



CARA-CARA:

1. Sapu butter dan alas dasar 2 loyang bulat 9 inci.
2. Ayak tepung dan semua bahan kering lain kecuali soda bicarbonate. Ketepikan.
3. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu demi satu. Teruskan memutar. Masukkan essen vanilla dan pewarna merah, terus memutar.
4. Perlahankan speed mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk dan mesti diakhiri dgn tepung. Pukul sebati.
5. Di dalam bekas yang lain campurkan soda bicarbonate dan cuka. Biarkan berbuih kemudian segera gaulkan dalam adunan.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 25min - 30min.
7. Sejukkan kek atas rak dawai. Pastikan kek betul2 sejuk sebelum dipotong dan disapu cheese frosting.
8. Belah kedua-dua kek untuk mendapatkan 4 bahagian kek. Lapiskan kek dengan cheese frosting dan sapukan keseluruhan permukaan kek dengan cheese frosting. Hias ikut citarasa masing-masing.






Sejujurnya kek yang menggunakan resipi ini biasa sahaja rasanya. Rinn setuju dengan pendapat anak-anak yang mengatakan cream cheese frostingnya yang menambah kesedapan kek ini. Kalau sekadar keknya sahaja mungkin tiada sangat kelebihan. Juga agak manis dengan sukatan gula yang dicadangkan. Mungkin kita boleh kurangkan untuk mengelakkan terlebih manis sekurang-kurangnya pada citarasa Rinn lah.

Apa pun Rinn suka akan kelembapan kek ini. Warna merahnya pun menyerlah. Ada komen-komen dan gambar-gambar yang Rinn lihat di laman-laman masakan mengatakan tidak dapat warna merah yang dikehendaki. Agak kusam kerana mungkin warna merah itu terpaksa bercampur dengan warna serbuk koko.




Ada juga komen-komen yang mengatakan takut untuk meletak terlalu banyak warna merah. Macam tak tergamak nak menjamah kek yang berwarna merah menyala begitu. Untuk kali ini sekurang-kurangnya dah tertunai hasrat di hati untuk mencuba Red Velvet kek. Tak pasti adakah akan ada ulangan.



© Pidgin Technologies Ltd. 2014.